Sunday, 20 November 2011

CEMERLANG UPSR 2011



Tahniah kepada anak-anak murid ku 6 Ikhlas 2011 yang telah berjaya memperoleh 5A dalam UPSR 2011.

Thursday, 17 November 2011

KATA ADJEKTIF


Mari kita sambung lagi dengan kata adjektif. Sila lihat slide yang saya ambil dari blog sahabat saya.
Semoga dapat membantu anda semua supaya lebih faham

Tuesday, 15 November 2011

KATA ADJEKTIF


Hari ini kita akan belajar berkenaan dengan kata adjektif. Sila tonton video yang saya dapat dari youtube. Terima kasih cikgu Syiqin. Harap dapat membantu anda .



Bahan ini saya dapat dari link berikut :http://www.youtube.com/embed/1SH6YktBYj0

Saturday, 12 November 2011

KATA SERU


Hari ni mari kita belajar tentang kata seru dan ayat seruan

Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seperti hairan, geram, marah, sakit, takut dan sebagainya.

contoh :aduh (menerangkan perasaan sakit dan hairan)
aduhai (menyatakan perasaan sedih)
ah (menunjukkan keengganan atau tidak setuju)
amboi /wah (menampakkan perasaan kagum atau hairan)
eh ( menggambarkan rasa hairan atau terkejut)
hai (hendak menyapa)
nah ( digunakan untuk memberikan sesuatu)
oh ( menggambarkan kekecewaan atau hairan)
wahai ( menyatakan rasa sedih atau menarik perhatian)

Ayat Seruan
Ayat seruan ialah ayat yang diakhiri dengan tanda seru(!)
Ayat seruan terbahagi kepada dua jenis
1. tanpa kata seru - Selamat datang!
2. disertai kata seru - Aduhai, malangnya nasibku!

contoh ayat seruan

1. Oh, baru saya teringat !
2. Amboi, kedekutnya orang itu!
3. Hai, lama kita tak berjumpa!

Friday, 11 November 2011

KATA BANYAK MAKNA



Mari belajar perkataan banyak makna.

Kata Banyak Makna

Kata Makna dan Contoh Ayat

akal fikiran - ikhtiar
1. Budak itu mempunyai akal yang tajam.

2. Pak Ali sedang mencari akal untuk menyelesaikan masalah itu.

alamat - tanda / butir-butir keterangan
1. Bunyi guruh di langit alamat hujan akan turun.

2. Zulkifli memberikan alamat rumahnya kepada saya.

daki - panjat / kotoran yang melekat
1. Pasukan Pengakap akan menyertai mendaki Gunung Tahan pada minggu depan.

2. Ahmad mencuci daki pada badannya dengan sabun.

Penanda Wacana


Penanda wacana digunakan agar kesinambungan ayat kelihatan menarik dan menggambarkan anda seorang murid yang matang.
Jika anda kurang pasti tentang penanda wacana, di sini saya senaraikan penanda wacana yang boleh digunakan di dalam jawapan anda

Menandakan pertentangan maklumat
bagaimanapun
meskipun begitu
namun
namun demikian
sungguhpun demikian
walaupun begitu
meskipun
biarpun begitu
sebaliknya
walau bagaimanapun
walaupun demikian

Menandakan sesuatu yang kian bertambah
lagipun
malah
tambahan pula
lebih-lebih lagi
tambahan lagi

Menunjukkan akibat atau kesimpulan
akhir kata
dengan itu
kalau begitu
malangnya
semenjak itu
akhirnya
jadi justeru
lantaran itu
oleh itu
oleh sebab itu

Menimbulkan maksud sesuatu yang berikutnya
kemudian
selanjutnya
lepas itu
selepas itu

Menunjukkan dalam masa yang sama atau pada masa itu
dalam pada itu
selain itu
di samping itu
sebelum itu

KATA GANTI DIRI


Hari ini saya nak bincangkan mengenai kata ganti diri

Kata ganti diri ini digunakan sebagai ganti nama manusia.
Kata ganti ini perlu digunakan dengan hati-hati dan tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang
Kata ganti diri terbahagi kepada tiga jenis
1. Kata ganti diri pertama
contoh : aku, saya, beta, hamba, patik,kami,kita

2. Kata ganti diri kedua
contoh : awak, anda, engkau, kamu, tuanku,kalian

3. Kata ganti nama ketiga
contoh : dia, beliau, ia, mereka

Thursday, 10 November 2011

Salam 1 Malaysia


Baru nak belajar membuat blog. Ni pun sebab nak buat assignment .kalau tak sampai bila pun tak pandai nak buat.